Monday 16 March 2015

Tips Pindah Rumah, Pejabat Dan Bilik

Antara tips pindah rumah adalah seperti berikut:-

1: Sediakan bajet yang mencukupi
-Bajet anda bergantung pada jenis rumah yang anda duduki.
-Flat (Semakin tinggi aras yang anda tinggal, semakin mahal caj yang akan dikenakan terutamanya yang tidak memiliki lif)
-Teres 1 Tingkat (Jenis rumah sebegini adalah yang paling ideal harga untuk pindah)
-Teres 2 Tingkat (Jenis rumah sebegini juga bergantung pada saiz tangga kerana kebanyakan peralatan yang agak besar seperti katil, tilam dan almari kadangkala perlu dibuka sepenuhnya dan dipasang semula kerana saiz ruang tangga yang sempit dan menyukarkan mover untuk membawa naik atau turun barang.
-Anda ada hak untuk mengatakan tidak perlu buka/pasang tetapi sekiranya ada barang anda yang rosak, jangan pula mover yang dipersalahkan.

2: Batalkan semua urusan pada hari perpindahan.
-Jangan aturkan serentak juruteknik penghawa dingin atau kontarktor pendawaian pada hari tersebut ini kerana ianya akan menyukarkan pihak mover untuk beropersi di rumah tersebut. Ianya akan menyukarkan semua pihak samada di pihak mover atau pihak yang satu lagi.

3: Survey harga dan minta sebutharga (Quotation)
-Minta nego harga kalau ianya terlalu tinggi atau amat membebankan anda.
-Sebutharga (Quotation) amat penting kerana tanpa sebutharga mungkin anda akan ditipu oleh pihak mover. Anda jangan kata pihak mover sahaja yang boleh menipu pihak pelanggan tetapi pihak pelanggan juga kadangkala ada menipu pihak mover. Sebagai contoh, pelanggan kata barang-barang hanya sikit dan memerlukan lori 1 tan tetapi apabila tiba hari perpindahan, ada barang yang tidak boleh dibawa dengan 1 trip.
-Berikan maklumat lengkap kepada mover tentang barang anda dengan terperinci, jalan yang terbaik adalah berikan gambar-gambar baranagn anda melalui WhatsApp atau email.

4: Movers yang bertanggungjawab akan minta anda booking untuk secure, maksudnya pada hari anda berpindah movers tiada urusan selain proses perpindahan rumah anda sahaja.

-AWAS!!! Pada harga yang terlalu tidak masuk akal kerana mungkin movers akan cancel pada saat akhir dengan alasan mereka mendapat pelanggan yang lebih mahal dari anda. JANGAN TERLALU MARAH PADA MOVERS kerana sebagai pelanggan anda juga ada hak berbuat demikian. 
-Disini WANG BOOKING amatlah penting.

5: Dapatkan nama syarikat movers, facebook atau instagram mereka sekiranya ada.

6: Hubungi movers 2 atau 3 hari sebelum perpindahan untuk memastikan nama anda di dalam judual mereka.

7: Sekiranya peralatan dapur dan pakaian anda bungkus sendiri (packing) sila pastikan barang fragile (mudah pecah) dibungkus didalam kotak yang berasingan untuk menghindarkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan barangan anda pecah atau rosak KERANA anda tidak bungkus (packing) dengan rapi. Disini, TOLONG jangan salahkan mover, kerana kerja pembungkusan bukanlah kerja mereka (Bergantung pada pakej yang anda pilih)

Sebarang pertanyaan tentang proses perpindahan sila hubungi:

016-220 1586
mv_sale@yahoo.com.my

8.00 am-5.00 pm (Call/Sms/WhatsApp)
6.00 pm-7.00 am (Sms & WhatsApp SAHAJA)

No comments:

Post a Comment