Tuesday 5 August 2014

Sewa Lori Pindah Rumah, Kota Damansara Selangor Ke Arau Perlis

Alhamdulilah Syukur Ke Hadrat Allah S.W.T

Terima kasih kpd pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan lori sewa daripada kami. Minta halal sekiranya ada kekurangan semasa proses perpindahan dilakukan.

Pada Hari Raya Ke-2 yang lalu, syarikat kami telah melakukan proses pindah rumah seorang kakitangan UiTM,yang mana beliau telah berpindah dari UiTM Kampus Shah Alam (Intekma) ke UiTM Arau, Perlis.

Proses perpindahan ini telah di lakukan daripada kediaman beliau di Pangsapuri Sri Siantan, Kota Damansara, Selangor ke Taman Ria, Jalan Padang Nyu, Arau Perlis.

Kerja-kerja yang di lakukan adalah membalut perkakasan dapur seperti mesin basuh, peti sejuk, sofa, tilam, meja solek dan packing beberapa kotak pakaian dan peralatan dapur. Kerja ini melibatkan 3 orang pekerja.

Perjalanan dari Kota Damansara ke Arau mengambil masa hampir 9 jam dengan kelajuan 80km/90km lori membawa muatan hampir 2 tan.

Perjalanan dari Kota Damansara ke Arau Perlis merentasi beberapa buah negeri termasuk Perak (Ibu negeri-Ipoh) akan melalui Tg Malim, Behrang, Slim River, Sungkai, Bidor, Tapah dan Simpang Pulai, Pulau Pinang (Ibu negeri-Georgetown) akan merentasi Bukit Merah, Bandar Bahru, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Juru. Kedah (Ibu negeri-Alor Star) pula akan melalui Tikam Batu, Sg Petani, Alor Star, Langgar, Kepala Batas, Hutan Kampung, Padang Sera & Bukit Kayu Hitam dan kemudian akan menggunakan Lebuhraya Changloon Kuala Perlis sebelum susur ke Arau. Seterusnya akan melalui Istana Arau, Petronas Arau dan menggunakan Jalan Bukit Nyu sebelum menghampiri Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Arau.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Hotline: +6016-2201586 Rafi

2 comments:

  1. Berapa bayaran di kena kan ye perkhidmatan ni?

    ReplyDelete
  2. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan harga perpindahan,sila hubungi:

    016-220 1586
    mv_sale@yahoo.com.my

    ReplyDelete